Salam Ramadhan Kareem.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Nota Hati Seorang Lelaki

Dengarlah kata hati seorang lelaki yang ingin berbicara tentang dunianya.

Puasa bukan sekadar menahan Lapar dan Dahaga.

Adakah kita berpuasa dengan sebenar-benar PUASA.

Kompas utama HIDUP.

Alangkah sombongnya manusia yang ingin mencari perlembagaan HIDUP yang lebih baik darinya.

Dunia ini hanya persinggahan sementara.

Berbahagialah mereka yang terus bergerak berbanding mereka yang sibuk mengumpul harta yang bakal ditinggalkan.

Perkahwinan bukan satu KESERONOKAN

Perkahwinan bukan sekadar hidup bersama, tetapi hidup untuk saling MEMBERI.

Anak-anak adalah pelaburan.

Sayang bukan bererti menuruti, marah bukan bererti membenci.

Seindah Hiasan

Cantik mawar bukan kerana seri, tapi indah mawar kerana duri.

Ucapkanlah yang BENAR.

Sebarkanlah kebenaran sesama kamu.

Wednesday, June 29, 2011

Penampilan

Adapun apa yang Tok Wan nukilkan di sini pada resmi dan ciri unggul seorang lelaki adalah untuk buat kenal segala anak dan cucu pada ciptaan Tuhan di sekeliling mereka. Juga pada anak cucu Hawa yang ingin cari dan kenal buat regu hidup mereka ini.

Justeru itu, anak cucu lelaki sekalian perlu kenal dan tahu bagaimana harus seorang lelaki itu bersifat dengan peribadinya. Supaya indah budi hanya bukan dipandang, tetapi juga dirasai pada hati insan. Manis budi tidak nampak dipandang pada mata kasar, namun boleh dilihat dengan mata tertutup.  

1.       Unggul pada penampilan


Lelaki unggul sering kali tampil dengan imej biasa, dengan baju yang kadangnya dilihat agak lusuh. Namun pembawaan penampilan menyebabkan dia tetap kemas, sering kali dilihat mampu menarik perhatian orang di sekeliling melalui pencahayaan yang terpancar pada wajahnya.

Dia adalah orang yang tidak kedekut senyuman apabila memandang orang di sekeliling sekalipun tidak dia kenali. Rambutnya nampak kemas berminyak dan rapi disikat, dan dia kelihatan yakin apabila berada di sesuatu tempat sekalipun dia tak punya apa-apa.





Jika anak-anak menemui seseorang lelaki , saat memandangnya anak anak cucu akan wujud rasa ingin tahu padanya. Itulah tanda dia adalah seorang lelaki unggul yang perlu anda pelajari sifatnya.


Monday, June 27, 2011

Menung di hujung senja

Bismillahirahmani Rahim..menulis di waktu senja, menanti gelap melabuhkan tirai alam..nyata membuat hati tenang buat kesekian kali.. mengintai kehidupan yang menyesakkan hanya dari ruang jendela, oh Tuhanku betapa sibuknya manusia..alpakah juga aku seperti mereka.
 
Kesibukan dunia, untuk menyambung sisa nafas di hari esok membuat kita merasakan perlunya usaha untuk hari ini. Sedang esok belum tentu pasti, tetapi itulah kehidupan. Di antara ketakutan dan harapan, kita di tengah-tengah. Menyambung abdi pada Yang Esa.

Sudah masa untuk bersiap-siap, dunia telah kukejar. Ruang untuk ilmu akhirat juga mendambakan pengisian, walau sekadar menghadiri tazkirah selepas maghrib sudah cukup melapangkan dada. Antara usaha untuk menyuburkan hati dari kelalaian dunia, dan mengelakkan matinya jiwa di saat jasad masih bernyawa.






Saturday, June 25, 2011

Kepimpinan

Adapun apa yang Tok Wan nukilkan di sini pada resmi dan ciri unggul seorang lelaki adalah untuk buat kenal segala anak dan cucu pada ciptaan Tuhan di sekeliling mereka. Juga pada anak cucu Hawa yang ingin cari dan kenal untuk buat regu hidup mereka ini.

Justeru itu, anak cucu lelaki sekalian perlu kenal dan tahu bagaimana harus seorang lelaki itu bersifat dengan peribadinya. Supaya indah budi hanya bukan dipandang, tetapi juga dirasai pada hati insan. Manis budi tidak nampak dipandang pada mata kasar, namun boleh dilihat dengan mata tertutup.  
1.         
U   Unggul pada kepimpinan




Sifat lelaki unggul boleh dilihat pada kepimpinannya, sekalipun dia jarang diberi peluang untuk memegang jawatan. Namun apabila dia berada dalam sesuatu kumpulan, dia adalah orang yang lantang menyuarakan pendapat dan idea buat membantu teman-teman seperjuangan.
Lelaki seperti ini biasa dilihat sering melakukan pekerjaan yang remeh temeh sekalipun dia diberi pangkat dan jawatan yang lebih tinggi. Percayalah, jika anak cucu sekalian menemui seorang pemimpin yang sering sukarela melakukan hal-hal dan perkara yang sangat kecil dan remeh, dia adalah lelaki yang perlu anda kenali.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites