Salam Ramadhan Kareem.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Nota Hati Seorang Lelaki

Dengarlah kata hati seorang lelaki yang ingin berbicara tentang dunianya.

Puasa bukan sekadar menahan Lapar dan Dahaga.

Adakah kita berpuasa dengan sebenar-benar PUASA.

Kompas utama HIDUP.

Alangkah sombongnya manusia yang ingin mencari perlembagaan HIDUP yang lebih baik darinya.

Dunia ini hanya persinggahan sementara.

Berbahagialah mereka yang terus bergerak berbanding mereka yang sibuk mengumpul harta yang bakal ditinggalkan.

Perkahwinan bukan satu KESERONOKAN

Perkahwinan bukan sekadar hidup bersama, tetapi hidup untuk saling MEMBERI.

Anak-anak adalah pelaburan.

Sayang bukan bererti menuruti, marah bukan bererti membenci.

Seindah Hiasan

Cantik mawar bukan kerana seri, tapi indah mawar kerana duri.

Ucapkanlah yang BENAR.

Sebarkanlah kebenaran sesama kamu.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri


Belum terlambat untuk Tok Wan ucapkan Salam Aidilfitri buat semua anak cucu Tok Wan yang dirahmati Tuhan, yang mengangkat Islam dan menjunjung iman dalam harian diari insan. Sepuluh jari kudus ini kususun rapi, melafaz suci kalimah erti.. Dari istighfar renjisan imani, bersama susun bait lafaz ‘ Mohon maaf dari telapak jari sehingga ke pelupuk nurani’.

Sebulan Tok Wan berhenti dari menulis, seketika berehat dari kesibukan dunia untuk menghadamkan kelazatan Ramadhan dari teguk-teguk segar Terawih  dan buah-buah ranum Qiyam yang sangat mengasyikkan. Seketika merapatkan dahi ke ruang sujud, ternyata membuat Tok Wan semakin bersemangat untuk terus memberikan meskipun barang sebaris dua ayat buat panduan dan pedoman anak cucu Tok Wan sekalian.

Ramadhan yang sudah pun menarik labuh tirainya, membuka seluas petala alam segala ombak dan badai godaan dunia. Harus sesekali merenung laluan di hadapan, elok sesaat kita insan meneliti langkah-langkah songsang semalam buat teladan kembara hidup di hadapan.

Buat anak-anak dan cucu kesayangan, ayuh tadahkan tangan. Sekalipun tidak tahu apa yang harus didoakan, maka ucaplah rasa syukur pada Tuhan yang masih panjangkan usia untuk terus kita insan hidup berjuang. Syukur pada saat ini masih kita terasa kedamaian alam, dari warna dan rona dunia sehingga ke lubuk hitam jiwa insan. 

Saat ini, cuba anak cucu pejamkan mata.Lupakan sesaat kesibukan yang menyesakkan, rautkanlah mukamu dengan penuh kelembutan. Rasai kesempurnaan ciptaan Tuhan.Alangkah damainya perasaan waktu ini.

Subhannallah..Alhamdulillah..Allahu akbar.

Saturday, August 13, 2011

Mutiara Al Quran: Jantina Bulan dan Matahari

Sesekali merenung abjad-abjad dari Kitab Quran seusai dibaca, kadang kala terbit rasa ingin tahu tentang alam cakerawala yang melitupi dunia yang kita hamba bernafas dengan udaranya. Rahsia dan keajaibannya tetap melangkaui zaman kita nusa bangsa walaupun ia diturunkan sejak lebih 1400 tahun  dahulu lagi.
Mutiara Al Quran tidak pernah memadamkan keterujaan kita hamba untuk terus menyelongkarinya, seperti sejuk angin malam yang sangat menenangkan jiwa tika menelaahnya. Tadabbur dinihari pada Surah Yaasin tentang kejadian alam yang diciptakan berpasang-pasangan:

"Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui". (Yaasin: 36)

Bias sinar rembulan yang mencuri masuk ke kamar Tok Wan kali ini sangat mencipta persoalan, pernahkah kita terfikir jantina apakah bulan dan matahari yang sering menghiasi wajah dunia. Yang pusingannya menjadikan umur kita semakin meningkat dari hari ke hari, yang padanya kita mentafsirkan pasang surutnya lautan. Pernahkah kita sedari pada anehnya dua makhluk terbesar ini?

Mungkin kerana terlalu biasa, kita manusia hamba kadang-kadang sering melupakan apa yang wujud di hadapan mata. Persoalan itu membuatkan mata yang berkedut ini sukar dilelapkan, lalu surah dan juzu` diselak satu persatu. Bermula dari belakang sehingga ke hadapan, kerana penceritaan makhluk kebanyakkan berada di juzu dan surah yang akhir-akhir.

Sehingga tiba di dua ayat pada Surah An`am, tika Al Quran ini bercerita tentang Baginda Ibrahim alaihi salam mencari di mana dan apa sebenarnya Tuhan. Di situ wujud bagaimana matahari dan bulan yang disangka mengawal putaran alam,rupanya terbenam jua apabila sampai waktu yang diaturkan. 

“Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat. "
 
Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar." Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. (An`aam 77 & 78)

Bila mana Allah menggunakan nama QAMAR (BULAN), DIA menggantikan sifat bulan yang terbit, Bazighann: iaitu terbit tanpa Ta` Marbuttah yang membawa pengenalan bagi lelaki. Manakala diwaktu perkataan AS SYAM(MATAHARI), maka digantikan sifat terbit di situ Bazigahatan, dengan adanya Ta` Marbutah yang membawa pengenalan sebagai perempuan.

Mengapa wujud perbezaan kepada dua nama yang sememangnya boleh ditasrif (kenalpasti) sebagai lelaki apabila tiada Ta` Marbuttah, tetapi sifat mereka dipecahkan menjadi dua keadaan berbeza. Sepatutnya nama bagi si Matahari (AS SYAM) juga diguna sifat lelaki, iaitu Bazighan yang membawa maksud terbit.Bagaimana pula penjelasan dari ayat pertama tadi, bahawa setiap benda di alam semesta diciptakan berpasangan?

Dengan kudus ilmu yang ada pada Tok Wan ini, sukar bagi kita untuk mengatakan bahawa Bulan itu jantinanya lelaki, sedang matahari adalah wanita memandangkan tiada sebarang fakta kukuh yang disokong dengan alatan canggih lagi moden masa kini. Namun pada Tok Wan, ilmu Al Quran sememangnya sudah terbukti melangkaui kecanggihan manusia. Berjuta lagi rahsia yang menanti untuk kita hamba membongkar ia buat manfaat bersama.





Akan Tok Wan terangkan dari intipati sains akan sifat rembulan dan matahari yang boleh membawa kita kepada pengenalan bagaimana matahari yang bersinar garang sebenarnya adalah seorang perempuan. Mustahilkah untuk kita katakan juga bahawa si rembulan yang sering dirindukan pungguk itu sebenarnya pula adalah lelaki idaman?

Monday, August 8, 2011

Cinta: Kenal dulu hati budi!

Sudah lama hati Tok Wan tergerak-gerak untuk menulis tentang cinta dan bagaimana jalan untuk mendapatkan cinta sebenar. Dunia lewat senja kini, budak seawal darjah satu pun sudah mula pandai menulis surat dan menyusun kata pujangga. Kononnya untuk memikat si mawar belum pun berputik. Mungkin getah putik pun belum luruh Tok rasa.

Adapun Tok Wan di sini, bukan ingin mencela anak-anak muda yang ingin mencari cinta. Cuma Tok Wan ingin memberitahu sedikit ilmu pandu hidup buat pedoman anak-anak bangsa. Cinta itu hakikatnya fitrah, maka sudah lumrahnya manusia mengenal di antara mereka dengan lainnya jantina. Maka kita orang dewasa dan celik akal fikirnya, fitrah ini dihalang jangan, dibiar pun jangan. Kalau dilarang pun, tetap mereka buat. Jika tidak di depan kita, di belakang lagi mereka melompat.

Lalu kita perlu bagaimana?

Anak-anak yang mula mencari cinta ini harusnya perlu diajar bagaimana caranya, jangan jadi seperti lembu yang hanya kenal jantan betina. Kita insan hamba sempurna, yang diberi akal fikir yang waras untuk menilai baik dan buruknya. 

Buat anak-anak dan cucu Tok Wan sekalian hamba Tuhan, duduk di sini Tok Wan ingin bicara.

Kalu ingin bercinta, asas pertama adalah kenal diri sendiri.  Sebelum anak-anak layak mengenal si dia, yang kemudiannya akan anak-anak jadikan si dia jadi teman buat pedoman hidup di dunia.
 
Kenali diri bukan sekadar mengenal nama dan ic semata-mata, harus juga tahu apa kehendak hidup yang sementara cuma. Kalau belum kenal diri sendiri, maka layaknya bagaimana untuk bercinta. Cinta yang sebenar adalah yang diikat dengan mahar dan diijab kabulkan. Kemudian berjaya atau tidak cinta itu pula, ditentukan sejauh mana anak-anak cucu sekalian belayar di alam rumah tanga. Ada yang belum pun mengangkat sauh untuk belayar, perahu sudah mula bocor. Ada pula yang sudah di pertengahan, kapal mula akur dimamah gelombang.






 Itu semua terjadi kerana satu sebab sahaja. Kegagalan untuk mengenal diri sendiri menyebabkan rabunnya kita insan di dalam membuat pilihan kehidupan. Bagaimana akan kita kenal pasangan, kalau kita sendiri tidak kenal diri sendiri.

Jadi kalau ingin bercinta, maka besarnya hati Tok mendengar khabar pertalian ukhuwwah yang bakal terjalin. Namun anak cucu harus ingat pesanan, kenali dulu diri pekerti sebelum kenal diri si suami/isteri. Semoga selamat anak cucu semua belayar sehingga ke pintu syurga.

Share Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites